Biasiswa Tunku Abdul
Rahman (BTAR) 2017
Deadline : 15 April 2017
Biasiswa berprestij dan eksklusif ini ditawarkan kepada
pelajar cemerlang dan berbakat kepimpinan yang tinggi. Ianya memberikan
sokongan kewangan kepada bakal graduan yang mengikuti pengajian di peringkat
Ijazah Sarjana Muda di IPTA mahupun IPTS dalam negara. Penerima biasiswa ini
digelar Tunku Scholars.
SYARAT-SYARAT
PERMOHONAN
(a) Syarat Asas
- Warganegara
Malaysia.
- Umur
tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan.
(b) Syarat Kelayakan Akademi dan Ko-kurikulum
- Pelajar
lepasan STPM / Asasi / Matrikulasi / Diploma* yang mencapai PNGK 3.50 dan
ke atas .
- Permohonan
juga dibuka kepada bakal graduan yang sedang dalam pengajian sepenuh masa
Ijazah Sarjana Muda di IPT tempatan yang (jika) berjaya mencapai minimum
PNGK 3.50 dan tahun pengajiannya masih berbaki sekurang-kurangnya 2 tahun
pengajian.
- Kepujian
tinggi dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris di peringkat SPM.
- Memiliki
ciri-ciri kepimpinan yang terserlah
dan penyertaan yang yang aktif dalam aktiviti ko-kurikulum, terutamanya di
peringkat luar sekolah atau universiti.
*pemberian BTAR tertakluk kepada pemohon diterima masuk ke
IPT tempatan dalam negara.
(c) Syarat Tambahan
Pemohon yang disenarai pendek akan dikehendaki mengikuti program Pemerhatian Ciri Kepimpinan dan
hadir pada sesi Temuduga Pemilihan yang di aturkan oleh pihak YTAR.
KADAR BIASISWA
Kadar biasiswa adalah mengikut kadar yang berkuat kuasa
semasa.
PENARAFAN PENERIMA
BTAR
Bagi mengekalkan taraf prestij dan eksklusif biasiswa ini,
mana-mana Tunku Scholar yang gagal mengekalkan pencapaian PNGK 3.50 ke atas
boleh dikenakan penalti seperti turun taraf kepada skim Dermasiswa Tunku Abdul
Rahman (DTAR) atau Pemberian Pengajian Tunku Abdul Rahman (PPTAR), atau
ditamatkan pemberian dan gelaran 'Tunku Scholar' dilucutkan.
PERMOHONAN
Klik DI SINI untuk memuat turun Borang Permohonan Biasiswa
Tunku Abdul Rahman.
Tarikh permohonan dibuka : 1 Mac 2017
Tarikh permohonan ditutup : 15 April 2017
Hanya pemohon yang telah mengikuti Program Pemerhatian Ciri
Kepimpinan sahaja akan dipanggil untuk temuduga pemilihan. Pemohon yang gagal adalah mereka yang tidak dihubungi selepas
3 bulan daripada tarikh tutup permohonan.
(Download borang versi PDF)
.