Makanan
berkhasiat merupakan makanan yang harus dimakan untuk memastikan tubuh badan
seseorang berfungsi secara normal. Makanan seimbang seharusnya memberikan kita
tenaga yang mencukupi yang mengandungi karbohidrat, protein dan lemak secara
optimum dan kandungan fiber yang mencukupi. Makanan yang memberi tenaga dapat
membina badan dan dapat menjauhi kita daripada penyakit.
1. Jangan
tidak makan karbohidrat
Sesetengah
dari kita merasakan dan mempercayai dengan mengambil karbohidrat menyebabkan
mereka gemuk dan mampu mengundang pelbagai penyakit. Ini mendorong mereka
bertindak untuk meninggalkan pengambilan nutrien tersebut secara total serta
menggantikannya dengan kaedah diet lain yang mungkin menyebabkan berlakunya
malnutrisi.
2. Rancang
apa yang hendak dimakan
Sekiranya
berhasrat untuk mengambil makan malam yang lebih berat seperti stik dan
kentang, kurangkan atau elakkan pengambilan makanan berdaging dan berkanji
untuk waktu makan yang lain dan begitulah seterusnya. Imbang dan rancang
pengambilan kategori makanan.
3. Makan
tengahari semahu anda
Mungkin
anda pernah dengar sarapan pagi adalah penting dan makan dengan banyak untuk
memulakan hari anda tetapi ramai diantara kita yang tidak bersedia untuk makan
dalam jumlah yang banyak seawal pagi. Kebenarannya ialah waktu makan paling
penting ialah waktu makan tengahari di mana sistem penghadaman kita telah
bersedia sepenuhnya. Di waktu itu juga badan amat memerlukan makanan untuk
berfungsi sepenuhnya seharian. Namun begitu makan semahunya bukan bermakna anda
boleh makan apa sahaja dalam jumlah yang banyak tetapi perlulah dirancang dan
diimbang sebaik mungkin.
4. Makan
makanan berwarna pelangi
Sayuran
hijau, oren, anggur, kobis ungu, lada benggala dan pelbagai warna sayuran dan
buah-buahan akan membantu memberi tubuh badan dengan pelbagai nutrien yang akan
membantu melawan penyakit.
5. Berhenti
sebelum kenyang
Makan
itu bukan untuk menjadi kenyang sebaliknya makan itu bertujuan memenuhi
keperluan tubuh badan dengan nutrien yang membolehkan tubuh berfungsi
sebaiknya. Praktis ini sememangnya amat membantu kerana ianya membolehkan
sistem pencernaan berfungsi lebih optimum dan ini dapat mengelakkan dari perut
kembung serta mengurangkan kadar risiko penyakit berkaitan usus dan perut.
6. Tetapkan
pola waktu makan yang seragam
Waktu
makan yang tidak tetap akan menyebabkan kecenderungan untuk makan dalam
kuantiti yang yang banyak.
7. Minum
segelas air suam 20 minit sebelum makan
Mampu
mengurangkan jumlah makanan yang diambil serta membantu sistem penghadaman.
8. Kurangkan
pengambilan gula di dalam makanan
Pengurangan
pengambilan gula membantu mengurangkan jumlah kalori di dalam pemakanan
seharian. Pengambilan gula secara berlebihan dalam jangka masa panjang boleh
meningkatkatkan berat badan dan menyebabkan obesiti.
9. Menguyah
makanan secara perlahan-lahan
Di
dalam air liur terdapat enzim amalyse yang membantu menguraikan makanan dan
seterusnya membantu sistem pencernaan. Makan dengan cepat akan menyebabkan air
liur tidak dapat menguraikan makanan dengan baik.
10. Tidur
secukupnya
Amalkan
tidur yang secukupnya bagi mempastikan tubuh badan dapat berfungsi dengan baik
termasuk sistem penghadaman.
.