Maksud Sajak (Komsas Tingkatan 4)

Sajak Aku Membaca Lagi : Maksud Sajak (Komsas Tingkatan 4) 

(Razali Mohd Yussof)

MAKSUD SETIAP RANGKAP

Rangkap pertama - Penyajak memandang ke langit lalu memerhatikan keadaan langit. Dengan perasaan penuh kesyukuran, dia menghayati keindahan alam yang diciptakan oleh Tuhan yang digambarkan melalui awan yang bergumpal, angin yang berhembus dan banjaran gunung.

Rangkap kedua - Penyajak menghayati anugerah Tuhan kepada manusia yang digambarkan melalui burung yang berkicau, kewujudan pantai dan ombak, dan kemunculan pelangi.

Rangkap ketiga - Penyajak mendapati bahawa alam semula jadi semakin tercemar apabila negara semakin makmur. Pencemaran alam semula jadi ini dikaitkan dengan keadaan bahasa Melayu yang semakin lama semakin kurang didaulatkan oleh rakyat walaupun bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan. Selain itu, penyajak mendapati bahawa kemakmuran negara tidak dapat menjamin kedaulatan  bahasa Melayu.

Rangkap keempat - Para pejuang bahasa yang cinta akan bahasa Melayu berasa sedih melihat nasib bahasa Melayu yang tidak dimartabatkan.

Rangkap kelima - Penyajak meluahkan  kekesalannya apabila bahasa Melayu yang semakin diketepikan terus dipinggirkan oleh semua pihak.


.