Langkah-langkah
Meningkatkan Semangat Kejiranan
Semangat
Kejiranan dalam kalangan rakyat di egara ini semakin
longgar.
Pada
pendapat anda, apakah langkah-langkah yang harus diambil oleh
pelbagai pihak supaya semangat kejiranan dalam kalangan penduduk
dapat ditingkatkan?
Jiran
ialah orang yang tinggal di sekeliling rumah kita, iaitu di sebelah, di hadapan
dan juga di belakang rumah kita. Jika kita tinggal dalam satu taman atau di
sebuah egara yang sama, mereka akan dikenali sebagai jiran tetangga kita. Jiran
sangat penting kerana merekalah yang akan menjadi sahabat kita dan
orang yang akan membantu kita apabila kita menghadapi kesusahan nanti. Pepatah
Melayu ada mengatakan bahawa “Jiran sepakat membawa berkat”.Jadi, kita
perlulah mengukuhkan semangat kejiranan supaya kita sentiasa bersatu hati dalam
melakukan sesuatu perkara. Persoalannya, apakah langkah-langkah yang wajar
diambil untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan penduduk setempat?
Langkah
primer yang harus diambil oleh pihak kerajaan ialahkerajaan menjalankan
kempen-kempen kejiranan yang bersesuaian di semua peringkat sama ada
peringkat daerah, negeri atau kebangsaan.Tujuan kempen ini adalah untuk menanam
semangat perpaduan dan bersatu padu dalam kalangan rakyat. Konsep 1Malaysia
yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak
menekankan semangat perpaduan antara kaum di Malaysia. Usahasama sebeginilah
yang wajar diambil contoh dan diaplikasikan dalam institusi masyarakat bagi mencetuskan
semangat kejiranan yang utuh. Kempen kejiranan yang dijalankan ini perlulah
berterusan dan janganlah seperti “hangat-hangat tahi ayam” sahaja.
Jelasnya, kempen yang dijalankan ini dapat memberikan kesedaran kepada
masyarakat untuk memupuk semangat kejiranan.
Selain
itu, langkah yang harus diambil ialah masyarakat setempat perlulah
mengadakan aktiviti gotong-royong. Melalui aktiviti gotong-royong, jiran
dapat berkumpul dan bekerjasama sambil berbincang tentang aktiviti yang akan
dilakukan. Apabila berkumpul dan berbincang, mereka akan dapat berkenal-kenalan
antara satu dengan yang lain yang sekali gus membolehkan seseorang itu mengenal
hati budi jiran mereka dengan lebih dekat. Hal ini dapat digambarkan melalui
pepatah Melayu yang mengatakan bahawa “tak kenal maka tak
cinta”. Sebagai contoh, aktiviti yang boleh diadakan secara
bergotong-royong ialah membersihkan kawasan taman, menyediakan hidangan untuk
kenduri kendara dan sebagainya. Melalui cara ini, kita dapat menjalinkan dan
meningkatkan hubungan egara jiran. Malahan, menurut laporan majalah ‘The Times’
di Australia, kegiatan gotong-royong yang diamalkan di Malaysia merupakan
antara aktiviti yang terbaik di dunia.
Di
samping itu, peranan media massa merupakan langkah yang amat penting
dalam meningkatkan semangat kejiranan dalam kalangan rakyat Malaysia. Pelbagai
kaedah boleh digunakan dalam menyuburkan semangat kejiranan. Media cetak
misalnya boleh menyiarkan artikel-artikel tentang kepentingan semangat
kejiranan. Media elektronik pula boleh menyiarkan dokumentari dan rancangan
menarik tentang kejiranan. Melalui media massa, pelbagai maklumat dan berita
boleh disampaikan dengan cepat dan mudah. Sesungguhnya, berita dan isu semasa
yang disiarkan oleh media massa lebih mudah menarik perhatian orang ramai
terutamanya generasi muda. Sebagai contoh, usaha Majalah 3 menyiarkan ‘Colour
of Malaysia’ wajar disokong. Justeru, semangat “hati gajah sama
dilapah, hati kuman sama dicecah” ini wajar kita tonjolkan melalui media
massa.
Seterusnya, setiap
penduduk hendaklah mengadakan majlis-majlis rumah terbuka semasa sesuatu
sambutan perayaan. Amalan ini dapat membentuk ikatan silaturahim dan
memperkukuh semangat kejiranan dalan kalangan jiran setempat. Melalui acara rumah
terbuka, jiran dapat bertanya khabar dan bercerita tentang pengalaman dengan
lebih dekat. Seterusnya, melalui rumah terbuka ini, semua ahli dalam masyarakat
berpeluang untuk berkumpul dan berbincang sambil menikmati juadah yang
disediakan oleh tuan rumah. Sebagai contoh, sambutan majlis rumah terbuka
sempena Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Krismas, Deepavali dan
sebagainya hendaklah dijadikan acara tahunan. Hal ini dapat menjauhkan
masyarakat daripada sikap“bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk
masing-masing”. Tegasnya, majlis rumah terbuka mampu mendekatkan ahli
masyarakat untuk bertemu muka dan berkenalan dengan lebih erat lagi.
Di
samping itu, Jawatan Kuasa Kampung dan Jawatan Kuasa Taman juga hendaklah
mengadakan aktiviti Hari Keluarga untuk memupuk semangat kejiranan dalam
kalangan masyarakat setempat. Semasa aktiviti Hari Keluarga diadakan, semua
ahli keluarga jiran akan turut serta melibatkan diri dalam aktiviti berkayak,
memasukkan air ke dalam botol, terompah gajah dan sebagainya. Apabila aktiviti
Hari Keluarga diadakan, kemesraan akan terjalin bukan sahaja antara ibu dengan
bapa, malah anak-anak juga. Aktiviti seperti ini hendaklah diadakan di padang
bola sepak, taman rekreasi atau padang sekolah yang berhampiran. Jadi, melalui
aktiviti ini, hubungan yang erat egara jiran dapat dibentuk yang secara tidak
langsung akan menimbulkan perasaan ingin membantu antara satu dengan yang lain
seperti yang terungkap dalam peribahasa Melayu, “ke bukit sama didaki, ke
lurah sama dituruni”.
Tambahan
lagi, kerajaan juga harus menggalakkan rakyat supaya melibatkan diri dalam
aktiviti negara seperti persatuan atau pertubuhan. Penduduk setempat mestilah
membentuk satu persatuan yang mempunyai satu egara organisasi yang teratur.
Persatuan atau pertubuhan ini hendaklah melibatkan semua penduduk sebagai ahli.
Dewasa ini, banyak pertubuhan sukarela ditubuhkan dalam masyarakat seperti
Pertubuhan Rukun Tetangga, Jawatan Kuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung,
Pertubuhan Khairat Kematian dan sebagainya. Sebagai contoh, melalui Pertubuhan
Rukun Tetangga, masyarakat setempat secara bergilir-gilir mengawasi keselamatan
taman untuk mengelakkan kejadian-kejadian yang tidak diingini berlaku. Hal ini
dapat kita lihat dalam peribahasa Melayu, iaitu “ibarat aur dengan
tebing”yang mementingkan semangat sandar-menyandar atau saling membantu dalam
kehidupan.
Akhir
sekali, masyarakat mestilah menyemarakkan budaya kunjung-mengunjungi dalam
kalangan rakyat sebagai langkah untuk memupuk dan mengekalkan semangat
kejiranan. Dalam hidup bermasyarakat, kita digalakkan menziarahi jiran kita.
Melalui aktiviti ini, kita akan mengetahui masalah dan kesusahan yang dialami
oleh jiran kita. Sebagai contoh, kita perlu berkunjung ke hospital jika kita
mendapat berita bahawa jiran kita dimasukkan ke hospital kerana menghidap
sesuatu penyakit atau kemalangan. Walaupun pepatah Melayu ada mengatakan
bahawa “berat mata memandang berat lagi bahu memikulnya”, namun
sebagai jiran, kita mestilah berpegang kepada prinsip cubit peha kiri, peha
kanan terasa juga. Maksudnya ialah jika kita mempunyai semangat kejiranan yang
tinggi, kita akan dapat merasai segala kesusahan dan keperitan yang dialami
oleh jiran kita itu.
Kesimpulannya,
kita perlu memupuk semangat kejiranan dalam kalangan penduduk setempat. Dalam
era globalisasi, sikap mementingkan diri sendiri dan sikap tidak mempedulikan
orang lain semakin menebal seperti yang terkandung dalam pepatah
Melayu “bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk
masing-masing”. Jika hal ini dibiarkan, semangat kejiranan akan luntur dan
seterusnya akan menjejaskan perpaduan egara. Ada pepatah yang mengatakan
bahawa “bersatu kita teguh bercerai kita roboh”. Oleh itu, dengan
meningkatkan semangat kejiranan, perpaduan akan bertambah utuh dan teguh.
Jadi,dalam setiap masa, kita mestilah sentiasa berusaha untuk memastikan
semangat kejiranan sentiasa terpelihara supaya negara kita sentiasa aman,
harmoni dan sejahtera.
.