CERPEN PUNGUT
@ZAHARA@YAP SIEW HONG
Sinopsis
Perjalanan kehidupan Mak Timah dalam
membesarkan anak angkatnya yang cacat selama 24 tahun. Kisah bermula dengan imbas
kembali peristiwa Mak Timah yang mengambil anak angkatnya yang digelar Pungut
(diberi nama Zahara, nama asal Yap Siew Hong) yang diambil dari keluarga
Bibik yang berketurunan Cina. Pada peringkat awal Mak Timah berharap saiz
Pungut akan berubah apabila dia besar dan boleh membantunya apabila dewasa
tetapi sebaliknya pula berlaku malah Pungut jadi bisu dan pekak serta tidak
boleh menguruskan dirinya sendiri. Hal ini disebabkan Pungut mengalami
kecacatan kekal hingga dewasa dan Mak Timah terpaksa menguruskan segalanya.
Mak Timah berdoa agar Tuhan mengambil nyawa Pungut dahulu sebelum dia
meninggal dunia.
Tema
Kesabaran seorang ibu angkat (Mak
Timah) menjaga anak yang cacat anggota (Pungut)
Persoalan
1. Persoalan tentang ketabahan dalam menjalankan tanggungjawab yang
berat. Mak Timah tetap menguruskan Pungut yang cacat walaupun ketika Mak
Timah sedang sakit.
3. Persoalan keikhlasan dalam memberi kebajikan tanpa
mengharapkan balasan. Mak Timah selalu berdoa kepada Tuhan agar mengambil
nyawa Pungut dahulu sebelum mengambil nyawanya kerana dia tahu tidak ada
sesiapapun akan memelihara Pungut.
4. Persoalan tentang kasih sayang. Ibu
angkat (Mak Timah) mengasihi anak angkatnya Pungut dan memeliharanya sehingga
sudah berusia 24 tahun.
Plot
Secara keseluruhannya, plot cerpen
ini disusun secara kronologi.
Terdapat empat peringkat garapan plot iaitu:
(i) Permulaan
Pembaca diperkenalkan dengan watak Pungut
yang bertingkah laku seperti orang kurang upaya dan dijaga keperluannya oleh
Mak Timah sepanjang masa.
(ii) Perkembangan
Mak Timah terkenangkan peristiwa 24 tahun
lalu bagaimana dia mengenali Bibik dan mengambil anak Siew Lan yang baru
dilahirkan sebagai anak angkat yang sah kerana tidak sampai hati apabila
mengetahui bayi itu akan dibuang.
(iii) Konflik
Konflik timbul apabila anak Mak Timah mula
bertengkar tentang Pungut dan mencadangkan agar Pungut dihantar ke rumah
kebajikan.
(iv) Peleraian
Mak Timah terus menjaga Pungut dan berdoa
agar Pungut mati terlebih dahulu sebelum dirinya.
Teknik Plot / Teknik
Penceritaan
1. Pemerian
Dia tergigil-gigil. Mulutnya mengeluarkan
bunyi macam suara nyamuk, berdenggung-denggung. Kepalanya di geleng-gelengkan
ke kiri dan ke kanan dengan pantas. Kemudian dia meluru masuk bilik…
2. Monolog
“Mungkin Tuhan nak uji kesabaran aku,
menjaga dia, “fikir Mak Timah.
3. Dialog
“Mengapa Bik?” Mak Timah bertanya.
“Siew Lan.” Jawabnya lambat.
4. Imbas kembali
..Mak Timah terbayangkan kisah yang berlaku
dua puluh empat tahun lalu…
Watak dan Perwatakan
Watak Utama
1. Mak Timah
· Perempuan tua
· Selalu sakit-sakit
· Ibu angkat Pungut
· Ikhlas menjaga Pungut. Mak Timah sanggup menjaga
Pungut selagi dia masih hidup.
· Tabah dan sabar menghadapi dugaan. Mak Timah tetap
menjaga makan minium dan kencing berak Pungut walaupun dia tidak bermaya
kerana sakit.
Watak Sampingan
2. Pungut / Zahara bt Muhamad @ Yap Siew
Hong
· Berusia 24 tahun.
· Cacat fizikal dan mental (terpaksa semua dibantu)
dijangkakan tidak hidup lama oleh doktor.
· Anak angkat Mak Timah.
· Bertubuh sangat kecil (pekak dan bisu).
3. Bibik
· Nenek Pungut.
· Berbangsa Cina peranakan.
· Percaya kepada ramalan loktang. Bibik tidak suka akan
Pungut kerana dia percaya kata-kata loktang bahawa Pungut membawa sial.
Latar
Latar Masa
1. Tahun 1957 ketika Pungut dilahirkan
2. 24 tahun selepas Pungut dewasa
Latar Tempat
1. Rumah sewaan Bibik tempat tinggal Mak
Timah
2. Rumah lelaki anak bongsu Mak Timah.
Latar Masyarakat
1. Masyarakat majmuk (bangsa Cina dan
Melayu) . terdapat keluarga Siew Lan an keluarga Mak Timah.
2. Masyarakat yang percaya kepada bomoh
(ramalan Loktang). Bibik amat percaya dengan ramalan Loktang tentang Siew
Lan.
3. Masyarakat yang simpati terhadap
golongan kurang upaya. Mak Timah kasihan dengan nasib Siew Lan yang akan di
buang lalu sanggup memeliharanya
Gaya Bahasa
1. Kata
ganda
Contoh: digeleng-gelengkan
2. Bahasa
pasar
Contoh: sueh, loktang
3. Sinkope
Contoh: nak, kau
4. Personifikasi
Contoh : kelakuannya tak ubah macam wayang
patung
Nilai
1. Nilai ketabahan. Mak Timah
tetap menguruskan Pungut yang cacat walaupun ketika Mak Timah sedang sakit.
2. Nilai keikhlasan. Mak Timah
hairan memikirkan orang sekarang yang tidak ikhlas dalam membantu orang lain.
Dia tidak membenarkan anak lelakinya menghantar Pungut ke rumah kanak-kanak
cacat.
3. Nilai kasih sayang. Ibu
angkat (Mak Timah) mengasihi anak angkatnya Pungut dan memeliharanya sehingga
sudah berusia 24 tahun.
Pengajaran
1. Kita haruslah tabah menghadapi dugaan hidup. Mak Timah
tetap menguruskan Pungut yang cacat walaupun ketika Mak Timah sedang sakit.
2. Kita haruslah ikhlas memberikan pertolongan. Mak Timah
hairan memikirkan orang sekarang yang tidak ikhlas dalam membantu orang lain.
Dia tidak membenarkan anak lelakinya menghantar Pungut ke rumah kanak-kanak
cacat.
3. Kita haruslah bersikap penyayang. Ibu angkat
(Mak Timah) mengasihi anak angkatnya Pungut dan memeliharanya sehingga sudah
berusia 24 tahun.
.
|