PANTUN EMPAT KERAT (JENAKA DAN SINDIRAN)



PANTUN EMPAT KERAT (JENAKA DAN SINDIRAN)


Apa guna berkain batik, 
Kalau tidak memakai capal;
Apalah guna beristeri cantik,
Kalau tak pandai menumbuk sambal.

Dari Kelang lalu ke Jawa,
Naik sigai ke atas atap;
Ikan kering lagi ketawa ,
Mendengar tupai membaca kitab.

Ambil segulung rotan saga,
Suruh diambil mari diurut;
Duduk termenung harimau tua,
Melihat kambing mencabut janggut.

Kupu-kupu terbang melintang,
Kayu tumbang tepi pengkalan;
Hairan sekali hati saya,
Burung terbang disambar ikan.

Maksud

R1- Isteri yang cantik dianggap tidak berguna sekiranya tidak pandai memasak.
R2- sindiran terhadap orang yang tidak berilmu tetapi menunjuk-nunjukkan kemahirannya. Sikap ini membuatkan dirinya ditertawakan oleh orang lain.
R3- sindiran terhadap orang yang telah kehilangan kuasa, mereka tidak dapat berbuat apa-apa lagi terhadap rakyat biasa.
R4- sesuatu perkara yang menimbulkan kehairanan apabila orang atasan berjaya dijatuhkan oleh orang bawahan.

Tema

Pantun ini bertemakan sindiran untuk memberikan pengajaran kepada kita.

Kata kunci

  Bertanggungjawab
  Merendah diri
  Keyakinan diri

Persoalan

  Persoalan tentang tanggungjawab seorang wanita. Wanita seharusnya tahu membuat kerja rumah, bukanlah hanya menjaga penampilan diri sahaja.
  Persoalan tentang sikap merendah diri.  Sesuatu perkara yang bukan dalam bidang kemahiran kita perlulah dirujuk kepada merekaya yang lebih arif.
  Persoalan tentang keyakinan terhadap diri sendiri. Keyakinan diri yang tinggi akan menghapuskan tanggapan negatif orang lain terhadap diri kita.

Nilai

  Nilai bertanggungjawab. Wanita seharusnya tahu membuat kerja rumah, bukanlah hanya menjaga penampilan diri sahaja.
  Nilai merendah diri.  Sesuatu perkara yang bukan dalam bidang kemahiran kita perlulah dirujuk kepada merekaya yang lebih arif.
  Nilai keyakinan. Keyakinan diri yang tinggi akan menghapuskan tanggapan negatif orang lain terhadap diri kita.

Pengajaran

  Kaum wanita bertanggungjawab untuk belajar melakukan kerja rumah. Urusan-urusan di dapur haruslah dipelajari oleh kaum wanita bukanlah hanya menjaga penampilan diri sahaja.
  Kita haruslah bersikap merendah diri.  Sesuatu perkara yang bukan dalam bidang kemahiran kita perlulah dirujuk kepada merekaya yang lebih arif.
  Kita haruslah mempunyai keyakinan terhadap diri sendiri. Keyakinan diri yang tinggi akan menghapuskan tanggapan negatif orang lain terhadap diri kita.

.