NOVEL DI SEBALIK DINARA : Sinopsis (Bab 11 →Bab 14)
BAB 11
Apabila sudah boleh bangun dan berjalan Farisha
ingin mendapatkan penjelasan daripada abangnya Azraai tentang ibu kandungnya.
Azraai menceritakan semua yang dia tahu tentang Farisha. Farisha menjadi adik
angkatnya kerana hendak menyelamatkannya daripada dijadikan bahan uji kaji
ibunya sendiri. Azraai menerangkan bahawa dia dan beberapa orang lagi telah
diamanahkan menjaga keselamatan Farisha. Apabila Farisha mendedahkan
bahawa dia dapat berkomunikasi dengan ibunya, Azraai kelihatan sangat
cemas dan menyatakan bahawa Farisha dalam bahaya dan terus membawa Farisha
keluar dari hospital menuju ke arah selatan. Azraai bercakap dengan seseorang
dan bersetuju mendapatkan kunci rumah daripada orang tersebut di Perhentian
Ayer Keroh. Dalam pada itu Alia ditugaskan oleh Dr. Maxi untuk
mempengaruhi otak Shida. Akhirnya Dr.Maxi dapat berkomunikasi dengan Karl
melalui Shida. Karl mengarahkan supaya Farisha dibawa ke situ kerana virus yang
disusup ke dalam Dinara akan diaktifkan yang akan bukan sahaja memusnahkan
Dinara tetapi ribuan manusia. Dia perlukan Farisha. Tetapi Farisha sudah
meninggalkan Kuala Lumpur. Azraai ingin membawa Farisha ke Kulai, tetapi dalam
perjalanan Farisha diculik pula oleh dua orang suruhan ibu Farisha. Dalam masa
yang sama di Soft Lab sesuatu berlaku kepada Shida. Karl bercakap melalui
Shida. Karl menyatakan bahawa Khairul Anwar ialah seorang budak pengemis yang
bernama Muhammad Irfan yang telah diganti ingatannya. Khairul Anwar sangat berang.
Karl juga menyebut bahawa dia memukul seorang wanita sehingga menjadi cacat.
BAB 12
Penculik Farisha, iaitu Amin dan Farid dalam
perjalanan ke Seremban membawa Farisha bertemu dengan ibunya Marilyn. Dalam
tidur Farisha dapat dihubungi oleh ibunya tetapi terhenti apabila brek kereta
ditekan mengejut lalu Farisha terjaga. Dalam pada itu di SoftLab, Alia
berkomunikasi dengan Shida dan memberitahu bahawa wanita cacat itu ialah
dirinya yang dipukul oleh Karl kerana dia enggan meninggalkan agamanya dan nama
asalnya ialah Rusmina. Perbualan antara Alia dan Shida dapat disaksikan oleh
Dr.Maxi, Aqram dan Khairul Anwar. Ketiga-tiga mereka berasa sedih memikirkan
akibat yang akan ditanggung oleh Shida akibat pemindahan maklumat pahit
dan ngeri selama 20 tahun oleh Karl ke dalam otak Shida. Berdasarkan laporan
yang tersimpan di dalam Dinara Dr.Maxi juga menerangkan kepada Khairul Anwar
dan Aqram bahawa uji kaji seperti itu juga pernah dilakukan tetapi gagal dan
mangsanya ialah Medina. Dalam pada itu alat pengesan pintar Rosman dapat
mengesan arah Farisha dilarikan. Mereka menuju Soft Lab Cyberjaya. Azraai juga
menuju ke sana. Apabila tersedar Farisha menjerit-jerit dalam kenderaan yang
dipandu oleh Farid dan Amin. Mereka mengherdik Farisha mengatakan dia akan
bertemu emaknya yang sudah sangat lama ingin bertemu anaknya itu. Namun Farisha
marah dan ketakutan tidak mahu berjumpa perempuan itu sebaliknya dalam
keadaan kaki dan tangan terikat mahu dia dihantar kepada abangnya Azraai.
Farid dan Amin tidak ambil peduli. Manakala di Soft Lab, Shida menyanyi dalam
suara yang agak perlahan lagu kegemaran Karl. Alia mendengar. Alia
berkomunikasi dengan Karl melalui Shida lagi. Alia mendapat tahu bahawa
Karl gagal mendapatkan cinta Medina. Aqram dan Dr. Maxi sependapat mengetahui
bahawa Alia tetap berasa cemburu terhadap Karl bekas suaminya walaupun sudah
beberapa program dalam mindanya diubah. Mereka juga yakin bahawa Karl telah
memindahkan kenangan dan pengalamannya selama 20 tahun ke dalam otak Shida.
Dalam pada itu, di sebuah stesen minyak Marilyn menaiki kenderaan yang dipandu
oleh Amin. Dia mendekati Farisha, menyatakan bahawa dia amat merindui anaknya
itu. Namun Farisha bertegas dan marah lalu menempelak Marilyn yang dia pernah
ingin membunuhnya dulu. Suis alat pemintas untuk melemahkan WALL di otak
Farisha dihidupkan.
BAB 13
Dr. Haris ialah doktor yang sedang merawat Karl di
Puchong. Beliau menyatakan bahawa kesihatan Karl teruk. Namun Dr. Maxi mahu
terus menghubungkan fikiran Karl melalui Shida. Dr. Maxi dapat berbual dengan
Karl melalui Shida. Melalui Shida Karl bangun dan bertindak melalui
komputer berusaha untuk menghapuskan virus dalam Dinara. Kebijaksanaan ini
diterima oleh Karl melalui Farisha yang Karl telah gandakan IQnya 26 tahun
dahulu. Dalam masa yang sama Farisha telah berada di situ bersama-sama
Marilyn/Medina, dan dua orang pengikutnya. Di sini rahsia terbongkar.
Marilyn/Medina ialah ibu Farisha dan Karl ialah bapanya yang telah sanggup
mengeksploitasi anaknya sendiri untuk kepentingan kajiannya di SoftLab iaitu
mengaktifkan sistem Dinara. Marilyn menjadi musuh kerana Karl telah mensabotaj
fikirannya menggunakan fikiran seorang bekas banduan dan akibatnya
Marilyn/Medina menjadi separuh gila dan cuba mencekik Farisha. Dr. Maxi dan
Aqramlah yang menyelamatkan Farisha dan dibawa kepada keluarga angkatnya iaitu
keluarga Azraai. Farisha juga mendapat tahu bahawa Aqram juga adalah cyborg
seperti Alia.
BAB 14
Hari ini merupakan hari paling hiba bagi Farisha
kerana menghadap seorang insan yang sepatutnya dipanggil ayah. Karl terbaring
tidak berkata-kata. Dr. Haris menyatakan bahawa aktiviti otaknya semakin
menurun. Semua yang ada di situ masuk bergilir-gilir mendekati Karl. Bermula
dengan Aqram, Dr. Maxi, Khairul Anwar, Medina, Alia, dan akhirnya
Farisha. Farisha mengucapkan selamat tinggal kepada ayahnya namun tiada
jawapan. Tepat pukul tujuh malam Dr. Haris mengumumkan Karl meninggal dunia.
Wasiat terakhir Karl ialah mayatnya dibakar, dan abunya di tabur di Selat
Melaka. Upacara dijalankan di Port Dickson. Selepas upacara itu semua orang
bercakap-cakap tentang kenangan masing-masing semasa Karl masih hidup.
Tetapi terdapat keanehan dalam diri Shida. Dia
pandai berfalsafah seperti Karl. Dalam percakapannya Shida mengajak mereka
pulang ke Sort Lab untuk menyelamatkan Dinara. Aqram dapat rasakan bahawa yang
berfalsafah dan berkata-kata itu bukan Shida tetapi Karl. Aqram sangat yakin
itu ialah Karl.
.