NOVEL DI SEBALIK DINARA : Sinopsis (Bab 6 → Bab 10)

BAB 6
Pagi itu Farisha datang lewat sepuluh minit ke Soft Lab. Alia sudah sedia menunggu. Farisha berasa kepalanya berat dan dalam keadaan tidak sedar, Alia telah memasukkan mikrocip ke dalam tubuhnya dan dia dapat  berkomunikasi dengan Karl. Dalam komunikasi itu Karl meminta pertolongan daripada Farisha untuk menyelamatkan Dinara. Oleh kerana tidak dapat mengesan butiran perbualan Farisha dan Karl, Alia menjadi cemburu dan marah. Selepas beberapa ketika Farisha sedar semula dan menjadi lebih segar apabila dia makan pil yang diberikan oleh Aqram. Kerja pada hari itu berakhir dengan perbincangan dan persoalan tentang seorang penyelidik yang bernama Medina yang telah hilang di Soft Lab tanpa dapat dikesan. Hal ini diterangkan oleh Shida melalui kajiannya di Arkib.
BAB 7
Pada sebelah malam Farisha, Shida dan Rosman berjumpa di pejabat Secured Shell. Ketiga-ketiganya meneliti kontrak yang diajukan oleh Soft Lab. Sementara mereka berbincang tiba-tiba Farisha mengalami sakit kepala setelah terlihat suatu cahaya putih memancar ke arahnya. Hasrat meneliti kontrak dibatalkan dan ketiga-tiga mereka bergegas  pulang. Sementara itu mereka diberitahu oleh Uncle Seng yang berada di situ bahawa dia bergegas keluar dari kedai runcitnya kerana terlihat beberapa orang turun tangga pejabat Secured Shell dengan membawa beberapa perkakas besi termasuk suatu barang yang serupa dengan piring tv satelit. Tiada laporan polis dibuat. Dua malam selepas kejadian itu, Farisha telah diundang oleh Abang Azraai untuk makan malam di rumahnya. Di sana Farisha bertemu, abang Azraai, kak Mariah dan kedua-dua anak mereka Aina dan Dina. Alangkah terharu bercampur sedih apabila dia mendapat tahu abangnya mengalami sakit jantung dan perkara kedua yang amat mengejutkannya ialah, dirinya adalah anak angkat kepada ibu dan ayahnya. Malam itu Farisha tidak dapat melelapkan mata.

BAB 8
Pada pagi itu sebelum sempat Alia membawa Farisha ke alam bawah sedar, tiba-tiba Farisha pengsan. Doktor dipanggil dan Farisha dibawa ke hospital. Aqram, Khairul Anwar dan Dr. Maxi hairan dan menurut Aqram dia sudah menyiasat latar belakang Farisha sekian lama tiada pula maklumat tentang sebarang penyakit yang membimbangkan. Sebaik saja Farisha dibawa ke hospital, Dr. Maxi, Aqram dan Khairul Anwar bergegas ke Arkib untk berjumpa Shida. Beberapa soalan diajukan kepadanya tentang latar belakang penyakit Farisha. Dr. Maxi ingin tahu sama ada Farisha mengandung.
BAB 9
Dr. Maxi, Aqram dan Khairul Anwar berbincang tentang Plan B, iaitu menggantikan Farisha dengan Shida. Namun kedua-duanya amat berbeza. Lagipun tubuh Farisha telahpun ditanam dengan mikrocip yang membolehkannya berkomunikasi dengan Karl. Karl menggunakan teknologi ini sebagai satu kaedah telepati untuk berhubung dengan Farisha. Pada jam 5.30 petang mereka akan melawat Farisha di hospital. Shida pula pulang ke rumah dan cuba mencari sebarang bukti tentang penyakit Farisha tetapi gagal. Namun Shida terjumpa satu bukti  yang menyatakan bahawa Farisha ialah anak angkat. Apabila Shida dan Rosman melawat Farisha, dia sangat lemah dan terdapat satu benjolan kecil di belakang tengkuknya. Tetapi Farisha menyatakan itu tidak apa-apa. Farisha terlena lagi. Beberapa minit kemudian, Farid dan Amin  datang  ke katil Farisha menggunakan peranti untuk mendapatkan maklumat yang sebelum ini gagal kerana ruang fikiran Farisha dilindungi oleh WALL. Tetapi kali ini mereka berjaya kerana WALL lemah apabila Farisha lemah. Selepas itu Aqram pula mencari maklumat pada badan Farisha menggunakan satu alat sepanjang enam sentimeter. Aqram mendapati alat itu bertukar menjadi warna merah yang menunjukkan tahap kesihatan Farisha tidak memuaskan. Farisha terus lena kerana abangnya Azraai meminta doktor memberi ubat tidur. Azraai juga membohongi doktor bahawa mikrocip di dalam badan Farisha yang kelihatan di CT-scand itu adalah dalam pengetahuan Farisha yang dia sendiri sukarela menjalani satu uji kaji untuk sebuah universiti. Perkara itu juga adalah amanah ibu bapanya supaya semua mikrocip itu mesti kekal dalam tubuh Farisha dan dia mesti berkhidmat di Soft Lab apabila diperlukan. Tengah malam itu Dr. Maxi menyarankan bahawa Shida akan menggantikan tempat Farisha.
BAB 10

Pada pagi itu sedang Shida membaca satu laporan tentang seorang penyelidik bernama Medina di Arkib, dia diminta oleh Alia pergi ke Makmal B. Satu pembedahan untuk menanam mikrocip telah dilakukan ke atasnya. Dia tidak diberitahu. Pada petang itu selepas sedar, apa yang dilakukan ke atas Farisha dilakukan pula ke  atas Shida. Kali ini tindak balasnya lebih teruk lagi. Tetapi Dr. Maxi berdegil dan hanya memberhentikan ujikaji ini selepas  lima minit. Ini akan merosakkan otak seseorang. Dalam masa yang sama, Farisha dalam tidak sedar dapat berkomunikasi dengan seseorang yang menyebut dirinya sebagai mummy. Di suatu tempat yang lain pula, Farid dan Amin berasa amat hairan dan dapat melihat keajaiban teknologi kerana perempuan tua yang menyuruh mereka mengekori dan berbuat sesuatu ke atas Farisha menjerit gembira dan mengatakan dia berjaya menghubungi anaknya Farisha dan dia mengaku dirinya lebih hebat daripada lelaki itu. Farid menyanggah perbuatan perempuan tua itu  kerana sanggup melakukan ujikaji  ke atas anaknya sendiri. Dia tidak peduli. Apa yang dia mahu adalah ingin membuktikan siapa yang benar dan yang lebih hebat daripada ‘lelaki’ itu.  Manakala Shida tetap murung, berada di bilik Farisha, dan tidak pulang ke rumah malam tadi. Aqram gagal menerobos mindanya dan mungkin dia juga telah menerima mikrocip WALL atau kesilapan Dr. Maxi yang tetap meneruskan uji kajinya ke atas Shida. Shida tidak mahu bercakap, makan, atau minum malah menjadi garang seperti kucing liar yang ketakutan.

.

NOVEL DI SEBALIK DINARA : Latar Tempat

Latar tempat

1.     Di Lapangan Terbang Senai. Contohnya, Farisha mengerling jam di tangan. Masih ada masa empat puluh minit lagi. Farisha berjalan susup-sasap untuk melepasi selautan manusia yang memenuhi balai berlepas Lapangan Terbang Senai.

2.     Perut pesawat. Contohnya, Akhirnya Farisha memasuki perut pesawat kira-kira sepuluh minit sebelum masa berlepas.

3.     Soft Lab –Tetapi kali ini dia tiada pilihan, terpaksa juga menaiki monorel dan LRT untuk ke pejabat Sort Lab di Cyberjaya.

4.     Rumah Karl - “Kita akan berbincang di rumah Karl salah seorang penyelidik Soft Lab….

5.     Puchong –“Kita boleh naik monorel dan kemudian ambil LRT untuk ke Puchong…..”, terang Aqram.

6.     Nusa Jaya –Masa tu Isha selalu berulang-alik ke Nusa Jaya…

7.     Hospital – Mereka berdua berjalan perlahan-lahan menuju ke arah katil Farisha di Wad 2B…

8.     Port Dickson – Selepas subuh pada hari Ahad, beberapa puluh orang pekerja Soft Lab berkumpul di Port Dickson untuk upacara itu.

9.     Pejabat Secured Shell- Mereka meninggalkan pejabat Secured Shell lalu menuruni tangga perlahan-lahan…

10.  Berhampiran Kawasan Nilai – Mata abang Azraai tidak berganjak dan memandang kenderaan-kenderaan yang bertali arus di hadapannya. Menghampiri kawasan Nilai, dia terpaksa memperlahankan sedikit kereta

.

Biasiswa Tunku Abdul Rahman (BTAR) 2017


Biasiswa Tunku Abdul Rahman (BTAR) 2017

Deadline : 15 April 2017

Biasiswa berprestij dan eksklusif ini ditawarkan kepada pelajar cemerlang dan berbakat kepimpinan yang tinggi. Ianya memberikan sokongan kewangan kepada bakal graduan yang mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda di IPTA mahupun IPTS dalam negara. Penerima biasiswa ini digelar Tunku Scholars.

 SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

(a) Syarat Asas
  • Warganegara Malaysia.
  • Umur tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan.
(b) Syarat Kelayakan Akademi dan Ko-kurikulum
  • Pelajar lepasan STPM / Asasi / Matrikulasi / Diploma* yang mencapai PNGK 3.50 dan ke atas .
  • Permohonan juga dibuka kepada bakal graduan yang sedang dalam pengajian sepenuh masa Ijazah Sarjana Muda di IPT tempatan yang (jika) berjaya mencapai minimum PNGK 3.50 dan tahun pengajiannya masih berbaki sekurang-kurangnya 2 tahun pengajian.
  • Kepujian tinggi dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris di peringkat SPM.
  • Memiliki ciri-ciri kepimpinan yang terserlah dan penyertaan yang yang aktif dalam aktiviti ko-kurikulum, terutamanya di peringkat luar sekolah atau universiti.
*pemberian BTAR tertakluk kepada pemohon diterima masuk ke IPT tempatan dalam negara.

(c) Syarat Tambahan

Pemohon yang disenarai pendek akan dikehendaki mengikuti program Pemerhatian Ciri Kepimpinan dan hadir pada sesi Temuduga Pemilihan yang di aturkan oleh pihak YTAR.
KADAR BIASISWA

Kadar biasiswa adalah mengikut kadar yang berkuat kuasa semasa.

PENARAFAN PENERIMA BTAR

Bagi mengekalkan taraf prestij dan eksklusif biasiswa ini, mana-mana Tunku Scholar yang gagal mengekalkan pencapaian PNGK 3.50 ke atas boleh dikenakan penalti seperti turun taraf kepada skim Dermasiswa Tunku Abdul Rahman (DTAR) atau Pemberian Pengajian Tunku Abdul Rahman (PPTAR), atau ditamatkan pemberian dan gelaran 'Tunku Scholar' dilucutkan.

PERMOHONAN

Klik DI SINI untuk memuat turun Borang Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman.

Tarikh permohonan dibuka : 1 Mac 2017

Tarikh permohonan ditutup : 15 April 2017

Hanya pemohon yang telah mengikuti Program Pemerhatian Ciri Kepimpinan sahaja akan dipanggil untuk temuduga pemilihan. Pemohon yang gagal adalah mereka yang tidak dihubungi selepas 3 bulan daripada tarikh tutup permohonan.

(Download borang versi PDF)
.

NOVEL DI SEBALIK DINARA : Plot dan Teknik Plot

NOVEL DI SEBALIK DINARA : Plot dan Teknik Plot

PLOT 

Secara keseluruhannya, plot cerpen ini digarap mengikut kronologi. Terdapat empat peringkat garapan plot iaitu:

1.         Permulaan

Plot dimulakan dengan memperkenalkan watak Farisha dan Aqram berkenalan di dalam kapal terbang dari Senai ke KLIA. Seterusnya bertemu lagi dalam sebuah kovensyen berkaitan pengisian komputer 

2.         Perkembangan

Aqram menawarkan Farisha menjadi jururunding di Soft Lab tempat letaknya sistem Dinara dengan tujuan membantu menggodam virus demi menyelamatkan Dinara.

3.         Konflik

Konflik berlaku antara Karl dengan Marilyn/Medina kerana Karl mengekspolasi fikirannya  dengan menggunakan seorang banduan bagi tujuan ujikajinya. 

4.         Klimaks

Di sini rahsia terbongkar. Marilyn/Medina ialah ibu Farisha dan Karl ialah bapanya yang telah sanggup mengeksploitasi anaknya sendiri untuk kepentingan kajiannya di Soft Lab iaitu mengaktifkan sistem Dinara. 

5.         Peleraian

Karl akhirnya meninggal dunia tetapi pemikirannya tersimpan dalam diri Shida. Buktinya dalam percakapan Shida, dia mengajak mereka pulang ke Sort Lab untuk menyelamatkan Dinara. Aqram dapat rasakan bahawa yang berfalsafah dan berkata-kata itu bukan Shida tetapi Karl. Aqram sangat yakin itu ialah Karl.

TEKNIK PLOT

1.         Pemerian

Contohnya :
Farisha berjalan susup-sasap untuk melepasi selautan manusia yang memenuhi balai berlepas Lapangan Terbang Senai.

Pengumuman tentang penerbangan seterusnya ke Kuala Lumpur sedang berkumandang.

2.         Suspens

Contohnya ;
“ Pergi! Kau tak sayang aku. Kau cuba bunuh aku dulu. Ini semua muslihat. Pasti kau akan bunuh aku kali ini!”

“ Karl yang siksa aku sehingga aku cacat. Kemudian dia jadikan aku Alia. Nama sebenarku Rosmina”.


.

Ajinomoto ASEAN+ONE International Students Scholarship Program 2018


Ajinomoto ASEAN+ONE International Students Scholarship Program 2018
Deadline : 5th March 2017
Offers Full Scholarship to University of Tokyo, Japan 2018

1. Aims

This program are for students that are highly interested to pursue an overseas master degree in the field of Science, Pharmaceutical Science, Engineering, Information Science and Technology, Agriculture and Life Science, Interdisciplinary Information Studies (ITASIA), Frontier Science and Mathematical Science (except Art courses & Veterinary Medical Sciences). 

2. Eligibility

Applicants who wish to enroll in a overseas master degree and major in one of the field mentioned (except Art courses & Veterinary Medical Sciences) at the University of Tokyo must fulfill the following requirements and qualifications.
  1. Applicants must be a Malaysian citizen.
  2. Applicants must have graduated or be expected to graduate from College / University with an excellent academic performance.
  3. Applicants must be under the age of 35 by April 1, 2018.
  4. Applicants must acquire adequate Japanese language proficiency (only appliacable to those enrolling as a master's course student program - Two years program).
  5. Applicants must be in good physical and mental health and have a strong motivation for learning.
  6. Applicants must not be receiving other scholarships.

3. Scholarship

Amounts

If applicants passed the screening and selection process of Ajinomoto Group, are entitle to receive :
  1. Research Student at graduate school: ¥150,000/month (for max. 1 year)
  2. Master’s course at graduate school: ¥180,000/month (for max. 2 years)
  3. Examination, Admission and Tuition fees: covered in full
  4. Airfare to Japan: Provide one way air ticket to Japan
Types of Scholarship
  1. Research Student Program + Master's Course Student Program (Three-years program)
  2. Master's Course Student Program (Two-years program) 

4. How To Apply ?

  1. Download and complete the application form and study program form.
  2. Place your accomplished application forms, study program form and the following documents in an envelope :
    • Original transcript of scholastic record issued by the university or graduate school attended. (No photocopies.Must be written in Japanese or English)
    • Accomplished recommendation Form. (Either from University President, Dean or Academic Advisor)
    • Other documents that are required to support your application. (These documents submitted shall not be returned under any circumstances. The required document vary according to course. Please refer to "appendix 2")
  3. Send all the documents through courier to :

AJINOMOTO (MALAYSIA) BERHAD
Lot 5710, Jalan Kuchai Lama, Petaling, 58200, Kuala Lumpur, Malaysia.

Succesful candidates for interview will be informed through email.

For further enquiries and details, please :

a. Email to : amb_scholarship@ajikl.com.my

b. Call to : 603-79806958 (EXT.288) - Ms.Ann Foo 
Download all the required forms and appendices for the application of Ajinomoto ASEAN+ONE International Students Scholarship Program 2018 below:
  1. 2018 Appendix 1
  2. 2018 Appendix 2
  3. 2018 Application Form
  4. 2018 Application Guidelines
  5. 2018 Field of Study and Study Program
  6. 2018 Recommendation Form
.